Friday, 27 July 2012

KELEBIHAN SOLAT TARAWIH

Assalamualaikum sahabat2 ana..dah berhabuk dah rasa my blogger nie..dah lama xpost entry2 terbaru..maap le bz sikit..hari nie baru rasa terluang sikit..heee..haa, pejam celik,pejam celik dah masok hari ke 8 kita berpuasa kan bagi umat islam..ok lah, ana nak kongsi sikit ngan sahabat2 semua tentang "Kelebihan Solat Tarawih"..jom redah entry di bawah..zassss..:)




                                 Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
                                       "Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."



"Bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia    untuk memperbanyakkan amal soleh. Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam bulan Ramadan. Tarawih juga membawa maksud ' bersenang-senang atau duduk istirehat '. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan."


   Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : "Barangsiapa 
yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan diampuni Allah dosanya yang telah lalu."
                                                   (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Bagi sesiapa yang mengerjakan solat tarawih di sepanjang malam bulan Ramadan akan dijanjikan pahala yang amat besar oleh Allah. Saidina Ali bin Abi Talib Radiallah Anhu pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W., kemudian baginda menjawab 'orang-orang mukmin yang melakukan solat tarawih pada bulan Ramadan akan mendapat kelebihan seperti berikut:




Malam pertama
Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.
Malam kedua
Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.
Malam ketiga
Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan "mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu".
Malam keempat
Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
Malam kelima
Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.
Malam keenam
Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.
Malam ketujuh
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapatmengalahkan Fir'aun dan Haman.
Malam kelapan
Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.
Malam kesembilan
Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Malam kesepuluh
Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.
Malam kesebelas
Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.
Malam kedua belas
Muka bercahaya di hari Kiamat.
Malam ketiga belas
Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.
Malam keempat belas
Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.
Malam kelima belas
Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.
Malam keenam belas
Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.
Malam ketujuh belas
Diberi pahala seperti pahala para nabi.
Malam kelapan belas
Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.
Malam kesembilan belas
Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.
Malam kedua puluh
Diberi pahala para syuhada dan solihin.
Malam dua puluh satu
Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.
Malam ke dua puluh dua
Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.
Malam kedua puluh tiga
Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.
Malam kedua puluh empat
Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.
Malam kedua puluh lima
Dihapuskan dari seksa kubur.
Malam kedua puluh enam
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.
Malam kedua puluh tujuh
Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.
Malam kedua puluh lapan
Allah mengangkat dengan seribu darjat.
Malam kedua puluh sembilan
Seperti pahala seribu haji yang mabruk.
Malam ketiga puluh
Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.


♥Hebatnya ganjaran yang ALLAH bagi kepada kita andainya puasa kita setiap hari di bulan RAMADHAN, DITERIMA oleh ALLAH SWT. Sesungguhnya kita berpuasa dengan penuh ketakwaan (yakni ketakutan) kepada ALLAH akan mendapat ganjaran yang tidak ternilai..insyaALLAH!
Tapi jika kita berpuasa tanpa takwa kepada ALLAH, dikhuatiri puasa kita itu akan menjadi SIA-SIA sahaja...Wallahualam.♥



Wednesday, 25 April 2012

Nama-nama Al-Quran

# Daripada abu Hurairah r.a berkata : aku mendengar rasulullah s.a.w. bersabda:

 "Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya".
(Hadith Riwayat &Muslim)






*Al-Quran merupakan Kalam Allah yang mengandungi ayat-ayat Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibrail untuk disampaikan kepada semua manusia. Al-Quran merupakan mukjizat yang paling agung yang telah mendapat jaminan daripada Allah SWT akan kekal terpelihara.

*Terdapat lebih daripada 10 nama Al-Quran dirakamkan oleh Allah dalam kitabNya. Nama-nama itu menepati ciri-ciri dan kriteria Al-Quran itu sendiri.

1. Al-kitab - kitab
2. Al-Huda - petunjuk
3. Al-Furqan - pembeda
4. Ar-Rahmah - rahmat
5. An-Nurr - cahaya
6. Ar-Ruuh - roh
7. Asy-Syifaa' - penawar
8. Al-Haq - kebenaran
9. Al-Bayan - keterangan
10. Al-Mau'izhah - pengajaran
11. Adz-dzkir - pemberi peringatan
12. Al-Busyraa - berita gembira

# Daripada Aisyah r.a telah berkata : sabda Rasulullah s.a.w. bersabda:

"orang yang membaca Al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala".
(Hadis riwayat bukhari & Muslim)


Monday, 2 April 2012

Nukilan Buat Ibu





Ibu,
Terima kasih kerana telah menjagaku dari kecil hingga aku dewasa,
Dari tidak pandai berjalan hingga aku pandai berjalan,
Dari tidak pandai berbicara hingga aku pandai berbicara,
Dari tidak pandai membeza api itu panas dan air itu sejuk..

Ibu,

Terima kasih kerana menyayangi aku sepenuh hatimu,
Aku bangga ada ibu yang kuat dan tabah,
Aku bangga ada ibu yang tidak pernah kenal erti jemu menjagaku,
Aku bangga ada ibu yang penyayang mentatangku bagai minyak yang penuh..

Ibu,

Terima kasih kerana memberi yang terbaik buatku,
Akanku jadi anak yang terbaik untukmu,
Akanku jadi anak yang sentiasa patuh pada orang tuanya,
Akanku jadi anak yang solehah insyaAllah,
Moga allah memberkati kehidupanmu Ibu..


♥..KaSiH iBu HiNgGa Ke SyUrGa..♥

Thursday, 29 March 2012

15 Rutin Seorang Muslim



1. Mulakan hari dengan Alhamdulillah.
2. Dahulukan Allah, dalam setiap benda dan setiap ketika.
3. Tenang dalam semua situasi.
4. Hindari rasa marah.
5. Berkongsi kegembiraan, dan bersyukur kepada Allah untuk perkara itu.
6. Buat perkara baik.
7. Ambil masa untuk merenungi kehebatan ciptaan Allah SWT.
8. Ekspressi diri kita dalam cara yang betul dan baik.
9. Ambil masa rehat sejenak, pergi bersukan dan habiskan masa bersama keluarga.
10. Mendoakan supaya mendapat keberkatanNya.
11. Peluk ibubapa kita dengan penuh kasih sayang.
12. Senyum kepada semua orang selalu.
13. Memaafkan, melupakan dan senyum selalu.
14. Tidak mencari populariti.
15. Tidak memandang rendah kepada sesiapa sahaja.




"Hati yang tenang dan bahagia adalah hati yang selalu mengingati ALLAH samada ketika senang mahupun susah. Tiada apa yang lebih penting bagi seseorang hamba yang selalu mendekatkan diri pada TUHANnya selain redha, kasih dan ihsan daripada TUHANnya itu. Apa saja yang dilakukan pasti akan dikaitkan dengan kekasih agamanya itu. Bukan keseronokan dan kesenangan dunia yang dicari sebaliknya kebahagian dan kesenangan di akhirat kelak."

Sunday, 18 March 2012

Fadhilat Surah As-Sajdah

* Surah As-Sajdah (beerti sujud) adalah surah yang ke-32 dalam Al-Quran mengandungi 30 ayat. Ia dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang menerengkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai bersyukur atas segala nikmat Allah. Selain dari itu, ditegaskan dasar tauhiddan dalil-dalil yang membuktikan keesaan Allah, disamping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat Islam.

* Surah As-Sajdah adalah di antara beberapa surah di dalam Al-Quran yang mengandungi ayat sajdah iaitu ayat yang disunatkan 'sujud tilawah' bagi seseorng yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak.

* Terdapat beberapa hadis rasulullah s.a.w yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca surah As-Sajdah ini.

a. Baginda tidak akan tidur sebelum membaca surah ini dan surah Al-Mulk.
b. Melindungi pembacanya dari seksa kubur.
c. Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka tetapi solatnya pada malam lailatul-qadar.
d. Mendapat hidayah ilmu yang yakin.
e. Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.



Saturday, 10 March 2012

Kahwin Masa Study

Assalamualaikum semua..banyak ari dah rasanya xupdte my blogger..bz la katakan..hehe.
hari nie ana nak n3 kan about "Kahwin masa Study"..
apa pendapat korang soal "Kahwin masa Study"??pada pendapat ana xdak apa yg mustahil..bagi ana jika diri sudah rasa wajib berkahwin,kedua2 pihak perlu la bersedia dari segi zahir dan batin..selain itu,tiada halangan dari keluarga dan kekangan kewangan maka kahwinlah..


♥..perkahwinan itu sunnahku,sesiapa yang tidak suka kepada sunnahku maka dia bukan daripada kalangan ummatku..♥
  (riwayat Al-Bukhari)


#..dari pemikiran yang positif "Kahwin masa Study" nie dapat meningkatkan semangat belajar sebab si suami ada disisi untuk beri semangat dan sokongan dalam pelajaran..#
#..kalau dua2 berstatus student,boleh la stdy sama2..indahkan..#


"wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(riwayat Bukhari dan Muslim)

#..nikah itu sunnah..(",)..#

p/s : saja pilih tajuk nie untuk n3 kali nie memandangkan sahabat kelas saya akan diijabkabulkan pada hari  ini..Barakallahulakuma untuk azita & muiz..^_^





Wednesday, 29 February 2012

Apa !tu Sabar ??

Assalamualaikum semua..n3 ana hari nie tentang "apa itu sabar ??"..
apa yang dimaksudkan dengan sabar??
jom kita baca n3 di bawah nie..

# pelbagai jenis sabar yang ada dalam islam #

1. Sabar dalam melakukan ibadat. Tekun dalam melakukan ibadat ikut syarat2 yg telah ditetapkan dalam islam.
2. Sabar semasa ditimpa masalah @ malapetaka. Harus kuat dan teguh hati ketika mendapat apa2 ujian dari Allah s.w.t.
3. Sabar dalam mengawal hawa nafsu dan sentiasa teguh supaya tidak tersesat dalam tipu daya syaitan laknatullah.
4. Sabar dalam kehidupan dunia tanpa terlibat dalam tipu daya duniawi iaitu tidak terpaut pada kenikmatan dunia yg hanya sementara.
5. Sabar dalam menegakkan agama islam dalam perlibatan diri dalam dakwah.



Firman Allah :
" Sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan satu cubaan berupa kekuatan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang ditimpa kesusahan (musibah) mereka berkata : "sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanya pula kami akan kembali".Mereka orang-orang yang mendapat kurnia, kehormatan dan rahmat dari Allah dan merekalah orang-orang yang memperolehi hidayah".

(Surah al-baqarah : ayat 155-157)

♥..ya Allah,jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan dugaanmu..amin2 ya robbalalamin..♥