Wednesday, 29 February 2012

Apa !tu Sabar ??

Assalamualaikum semua..n3 ana hari nie tentang "apa itu sabar ??"..
apa yang dimaksudkan dengan sabar??
jom kita baca n3 di bawah nie..

# pelbagai jenis sabar yang ada dalam islam #

1. Sabar dalam melakukan ibadat. Tekun dalam melakukan ibadat ikut syarat2 yg telah ditetapkan dalam islam.
2. Sabar semasa ditimpa masalah @ malapetaka. Harus kuat dan teguh hati ketika mendapat apa2 ujian dari Allah s.w.t.
3. Sabar dalam mengawal hawa nafsu dan sentiasa teguh supaya tidak tersesat dalam tipu daya syaitan laknatullah.
4. Sabar dalam kehidupan dunia tanpa terlibat dalam tipu daya duniawi iaitu tidak terpaut pada kenikmatan dunia yg hanya sementara.
5. Sabar dalam menegakkan agama islam dalam perlibatan diri dalam dakwah.



Firman Allah :
" Sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan satu cubaan berupa kekuatan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang ditimpa kesusahan (musibah) mereka berkata : "sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanya pula kami akan kembali".Mereka orang-orang yang mendapat kurnia, kehormatan dan rahmat dari Allah dan merekalah orang-orang yang memperolehi hidayah".

(Surah al-baqarah : ayat 155-157)

♥..ya Allah,jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan dugaanmu..amin2 ya robbalalamin..♥

Tuesday, 28 February 2012

Adab - Adab Menuntut !lmu



1. Niat yang ikhlas.
2. Berusaha bersungguh - sungguh dan tawakkal.
3. Memilih teman yang soleh.
4. menjauhi maksiat.
5. Perbanyakkan zikrullah.
6. Menghormati guru.
7. Doa dan keredhaan ibu bapa.
8. Beramal dengan ilmu yang diperolehi.

♥..Ketahuilah olehmu orang yang suka menuntut ilmu..♥

Sesungguhnya apabila tujuan engkau dalam menuntut ilmu untuk bersenang-senangan & bermegah-megahan & untuk mendahului kawan-kawan seagamamu, serta untuk mengarah muka manusia supaya merasa segan kepadamu, maka perjalanan engkau yang demikian adalah untuk meruntuhkan agama engkau, serta menjual akhiratmu dengan duniamu, maka perniagaan dan perdagangan engkau akan kerugian.

Begitu juga orang yang mengajar serta menolong engkau dalam membuat maksiat, tak ubah seperti penjual pedang kepada seorang perompak di tengah jalan, sebagaimana nabi bersabda : "Barangsiapa menolong orang membuat maksiat maka dia itu sekutu dengannya. Dan jikalau niat & tujuan engkau dalam menuntut ilmu untuk memperolehi hidayah daripada Allah s.w.t bukan semata-mata mencari riwayat, maka bergembiralah engkau, kerana bahasanya para malaikat membentangkan sayapnya untuk engkau, dan ikan-ikan dilautan meminta ampun kepada Allah untuk engkau apabila engkau berjalan dengan keredhaan Allah.

-Imam Al-Ghazali-

Monday, 27 February 2012

Khas Buat Sahabat

Ya Allah..
panjangkanlah umur sahabatku ,
kurniakalah kesihatan yang baik kepadanya ,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman..
Tetapkanlah hatinya dan perluaskanlah rezekinya ,
dekatkanlah hatinya kepada kebaikan ,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan ,
tunaikanlah hajatnya baik hajat agama , dunia dan akhirat..


Ya Muhaimin..
jika dia jatuh hati , izinkanlah dia menyentuh 
hati insan yang tertaut padamu agar tidak 
terjatuh di dalam jurang cinta nafsu ,
jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada
melabuhkan hatinya pada hatimu ,
jika dia rindu , rindukanlah dia pada seseorang
yang merindui syahid di jalanMu..



Ya Allah..
jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu ,
jika kau halalkan aku merindui sahabatku , 
janganlah aku melampaui batas sehingga 
melupakan daku pada cinta hakiki ,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu..


Ya Allah..
kurniakanlah sahabatku kesenangan ,
ketenangan serta kecermelangan hidup di dunia dan akhirat kelak...

~ Amin yarobbalamin ~



Tuesday, 21 February 2012

Nikmat Ibu Mengandung

Besarnya Nikmat Ibu Mengandung
Besar Juga Tanggungan Seorang Suami/Ayah

♥..Dia bekerja dengan tuhan, jadi "kilang" manusia..Setiap bulan dia dibericuti bergaji penuh iaitu 7 - 15 hari dia x wajib solat..tapi Allah anggap waktu itu solat terbaik darinya..

♥..Cuti bersalin pula diberi sehingga 60 hari..Cuti nir bukan cuti suka hati,tapi cuti Allah bagi sebab dia bekerja dengan Allah..Lelaki xdak cuti dalam solat,mereka wajib solat dari baligh hingga kehujung nyawa..

♥..Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..Lahir saja bayi,seluruh dosanya tiada/habis..Nie lah nikmat tuhan bagi dekat wanita..Jadi kenapa kita perlu takut untuk melahirkan anak??


♥..Jom kita pegang pada tali Allah..Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid..Allah izinkan dia masuk syurga..Bagi orang kafir dia xdapat masuk syurga,tapi Allah beri kelonggaran tiada seksa kubur..


♥..Peringatan kepada semua wanita yang bersuami, seluruh kebaikan  suaminya semuanya isteri dapat   pahala..Tapi dosa suaminya tidak ditanggung..

♥..Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terkejut dengan pahala extra yang dia terima di atas segala kebaikan suami tanpa dia sedari.

♥..Apabila dia melihat suaminya terhegeh2 di titian sirat, dia xnak masuk syurga tanpa suaminya..jadi dia beri pahala kepada suaminya untuk lepas masuk syurga..

♥..Didunia lagi bila suami dalam kesusahan, isteri boleh bantu tambah lagi diakhirat..Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung dekat suami dia xkan dapat pahala extra nie..

♥..Manakala suami pula mempunyai tugas2 berat dalam dan luar rumah iaitu segala dosa2 anak dan isterinya yang tidak di didik dia akan tanggung..Ditambah lagi dengan dosa2 yang lain..

♥..Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah s.w.t. agar tidak derhaka dengannya..

♥..Dan suami perlu fahami naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka dengannya..

..Wallahu'alam..


Monday, 13 February 2012

Hidayah Milik Allah



Apa yang dimaksudkan Hidayah Milik Allah??

-Iaitu cahaya petunjuk yang diberi oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Cara Mendapat Hidayah Allah
-Mematuhi segala perintah dan meniggalkan segala larangannya.
-Membersihkan jiwa dalam melakukan amal ibadat.
-Berakhlak mulia dalam pergaulan sama ada dengan kedua ibu bapa,sahabat handai,saudara mara dan sesiapa sahaja.

Tanda Seseorang itu Telah Mendapat Hidayah Allah
-Jiwanya cenderung kepada akhirat.
-Sentiasa menjauhi diri daripada tipu daya keduniaan.
-Bersiap sedia menghadapi kematian.


♥..Kalau bincang soal Hidayah Allah,semua orang akan cakap xsampai seru lagi..nanti2 dah sampai seru berubah lah..sampai bila kita nak tunngu seru 2 sampai??lebih baik kita yang mencari Hidayah Allah..insyaAllah kalau kita berusaha untuk cari Hidayah Allah,allah akan beri kepada kita..cuma lambat ataupun cepat sahaja..Jom kawan2 kita cari Hidayah Allah..Moga hidup kita sentiasa berada di bawah redha Allah S.W.T..wallahualam..♥