Tuesday, 28 February 2012

Adab - Adab Menuntut !lmu



1. Niat yang ikhlas.
2. Berusaha bersungguh - sungguh dan tawakkal.
3. Memilih teman yang soleh.
4. menjauhi maksiat.
5. Perbanyakkan zikrullah.
6. Menghormati guru.
7. Doa dan keredhaan ibu bapa.
8. Beramal dengan ilmu yang diperolehi.

♥..Ketahuilah olehmu orang yang suka menuntut ilmu..♥

Sesungguhnya apabila tujuan engkau dalam menuntut ilmu untuk bersenang-senangan & bermegah-megahan & untuk mendahului kawan-kawan seagamamu, serta untuk mengarah muka manusia supaya merasa segan kepadamu, maka perjalanan engkau yang demikian adalah untuk meruntuhkan agama engkau, serta menjual akhiratmu dengan duniamu, maka perniagaan dan perdagangan engkau akan kerugian.

Begitu juga orang yang mengajar serta menolong engkau dalam membuat maksiat, tak ubah seperti penjual pedang kepada seorang perompak di tengah jalan, sebagaimana nabi bersabda : "Barangsiapa menolong orang membuat maksiat maka dia itu sekutu dengannya. Dan jikalau niat & tujuan engkau dalam menuntut ilmu untuk memperolehi hidayah daripada Allah s.w.t bukan semata-mata mencari riwayat, maka bergembiralah engkau, kerana bahasanya para malaikat membentangkan sayapnya untuk engkau, dan ikan-ikan dilautan meminta ampun kepada Allah untuk engkau apabila engkau berjalan dengan keredhaan Allah.

-Imam Al-Ghazali-

No comments: