Thursday, 29 March 2012

15 Rutin Seorang Muslim



1. Mulakan hari dengan Alhamdulillah.
2. Dahulukan Allah, dalam setiap benda dan setiap ketika.
3. Tenang dalam semua situasi.
4. Hindari rasa marah.
5. Berkongsi kegembiraan, dan bersyukur kepada Allah untuk perkara itu.
6. Buat perkara baik.
7. Ambil masa untuk merenungi kehebatan ciptaan Allah SWT.
8. Ekspressi diri kita dalam cara yang betul dan baik.
9. Ambil masa rehat sejenak, pergi bersukan dan habiskan masa bersama keluarga.
10. Mendoakan supaya mendapat keberkatanNya.
11. Peluk ibubapa kita dengan penuh kasih sayang.
12. Senyum kepada semua orang selalu.
13. Memaafkan, melupakan dan senyum selalu.
14. Tidak mencari populariti.
15. Tidak memandang rendah kepada sesiapa sahaja.




"Hati yang tenang dan bahagia adalah hati yang selalu mengingati ALLAH samada ketika senang mahupun susah. Tiada apa yang lebih penting bagi seseorang hamba yang selalu mendekatkan diri pada TUHANnya selain redha, kasih dan ihsan daripada TUHANnya itu. Apa saja yang dilakukan pasti akan dikaitkan dengan kekasih agamanya itu. Bukan keseronokan dan kesenangan dunia yang dicari sebaliknya kebahagian dan kesenangan di akhirat kelak."

Sunday, 18 March 2012

Fadhilat Surah As-Sajdah

* Surah As-Sajdah (beerti sujud) adalah surah yang ke-32 dalam Al-Quran mengandungi 30 ayat. Ia dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang menerengkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai bersyukur atas segala nikmat Allah. Selain dari itu, ditegaskan dasar tauhiddan dalil-dalil yang membuktikan keesaan Allah, disamping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat Islam.

* Surah As-Sajdah adalah di antara beberapa surah di dalam Al-Quran yang mengandungi ayat sajdah iaitu ayat yang disunatkan 'sujud tilawah' bagi seseorng yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak.

* Terdapat beberapa hadis rasulullah s.a.w yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca surah As-Sajdah ini.

a. Baginda tidak akan tidur sebelum membaca surah ini dan surah Al-Mulk.
b. Melindungi pembacanya dari seksa kubur.
c. Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka tetapi solatnya pada malam lailatul-qadar.
d. Mendapat hidayah ilmu yang yakin.
e. Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.



Saturday, 10 March 2012

Kahwin Masa Study

Assalamualaikum semua..banyak ari dah rasanya xupdte my blogger..bz la katakan..hehe.
hari nie ana nak n3 kan about "Kahwin masa Study"..
apa pendapat korang soal "Kahwin masa Study"??pada pendapat ana xdak apa yg mustahil..bagi ana jika diri sudah rasa wajib berkahwin,kedua2 pihak perlu la bersedia dari segi zahir dan batin..selain itu,tiada halangan dari keluarga dan kekangan kewangan maka kahwinlah..


♥..perkahwinan itu sunnahku,sesiapa yang tidak suka kepada sunnahku maka dia bukan daripada kalangan ummatku..♥
  (riwayat Al-Bukhari)


#..dari pemikiran yang positif "Kahwin masa Study" nie dapat meningkatkan semangat belajar sebab si suami ada disisi untuk beri semangat dan sokongan dalam pelajaran..#
#..kalau dua2 berstatus student,boleh la stdy sama2..indahkan..#


"wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(riwayat Bukhari dan Muslim)

#..nikah itu sunnah..(",)..#

p/s : saja pilih tajuk nie untuk n3 kali nie memandangkan sahabat kelas saya akan diijabkabulkan pada hari  ini..Barakallahulakuma untuk azita & muiz..^_^