Thursday, 29 March 2012

15 Rutin Seorang Muslim



1. Mulakan hari dengan Alhamdulillah.
2. Dahulukan Allah, dalam setiap benda dan setiap ketika.
3. Tenang dalam semua situasi.
4. Hindari rasa marah.
5. Berkongsi kegembiraan, dan bersyukur kepada Allah untuk perkara itu.
6. Buat perkara baik.
7. Ambil masa untuk merenungi kehebatan ciptaan Allah SWT.
8. Ekspressi diri kita dalam cara yang betul dan baik.
9. Ambil masa rehat sejenak, pergi bersukan dan habiskan masa bersama keluarga.
10. Mendoakan supaya mendapat keberkatanNya.
11. Peluk ibubapa kita dengan penuh kasih sayang.
12. Senyum kepada semua orang selalu.
13. Memaafkan, melupakan dan senyum selalu.
14. Tidak mencari populariti.
15. Tidak memandang rendah kepada sesiapa sahaja.




"Hati yang tenang dan bahagia adalah hati yang selalu mengingati ALLAH samada ketika senang mahupun susah. Tiada apa yang lebih penting bagi seseorang hamba yang selalu mendekatkan diri pada TUHANnya selain redha, kasih dan ihsan daripada TUHANnya itu. Apa saja yang dilakukan pasti akan dikaitkan dengan kekasih agamanya itu. Bukan keseronokan dan kesenangan dunia yang dicari sebaliknya kebahagian dan kesenangan di akhirat kelak."