Sunday, 18 March 2012

Fadhilat Surah As-Sajdah

* Surah As-Sajdah (beerti sujud) adalah surah yang ke-32 dalam Al-Quran mengandungi 30 ayat. Ia dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang menerengkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai bersyukur atas segala nikmat Allah. Selain dari itu, ditegaskan dasar tauhiddan dalil-dalil yang membuktikan keesaan Allah, disamping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat Islam.

* Surah As-Sajdah adalah di antara beberapa surah di dalam Al-Quran yang mengandungi ayat sajdah iaitu ayat yang disunatkan 'sujud tilawah' bagi seseorng yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak.

* Terdapat beberapa hadis rasulullah s.a.w yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca surah As-Sajdah ini.

a. Baginda tidak akan tidur sebelum membaca surah ini dan surah Al-Mulk.
b. Melindungi pembacanya dari seksa kubur.
c. Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka tetapi solatnya pada malam lailatul-qadar.
d. Mendapat hidayah ilmu yang yakin.
e. Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.



No comments: