Wednesday, 25 April 2012

Nama-nama Al-Quran

# Daripada abu Hurairah r.a berkata : aku mendengar rasulullah s.a.w. bersabda:

 "Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya".
(Hadith Riwayat &Muslim)






*Al-Quran merupakan Kalam Allah yang mengandungi ayat-ayat Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibrail untuk disampaikan kepada semua manusia. Al-Quran merupakan mukjizat yang paling agung yang telah mendapat jaminan daripada Allah SWT akan kekal terpelihara.

*Terdapat lebih daripada 10 nama Al-Quran dirakamkan oleh Allah dalam kitabNya. Nama-nama itu menepati ciri-ciri dan kriteria Al-Quran itu sendiri.

1. Al-kitab - kitab
2. Al-Huda - petunjuk
3. Al-Furqan - pembeda
4. Ar-Rahmah - rahmat
5. An-Nurr - cahaya
6. Ar-Ruuh - roh
7. Asy-Syifaa' - penawar
8. Al-Haq - kebenaran
9. Al-Bayan - keterangan
10. Al-Mau'izhah - pengajaran
11. Adz-dzkir - pemberi peringatan
12. Al-Busyraa - berita gembira

# Daripada Aisyah r.a telah berkata : sabda Rasulullah s.a.w. bersabda:

"orang yang membaca Al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala".
(Hadis riwayat bukhari & Muslim)


Monday, 2 April 2012

Nukilan Buat Ibu





Ibu,
Terima kasih kerana telah menjagaku dari kecil hingga aku dewasa,
Dari tidak pandai berjalan hingga aku pandai berjalan,
Dari tidak pandai berbicara hingga aku pandai berbicara,
Dari tidak pandai membeza api itu panas dan air itu sejuk..

Ibu,

Terima kasih kerana menyayangi aku sepenuh hatimu,
Aku bangga ada ibu yang kuat dan tabah,
Aku bangga ada ibu yang tidak pernah kenal erti jemu menjagaku,
Aku bangga ada ibu yang penyayang mentatangku bagai minyak yang penuh..

Ibu,

Terima kasih kerana memberi yang terbaik buatku,
Akanku jadi anak yang terbaik untukmu,
Akanku jadi anak yang sentiasa patuh pada orang tuanya,
Akanku jadi anak yang solehah insyaAllah,
Moga allah memberkati kehidupanmu Ibu..


♥..KaSiH iBu HiNgGa Ke SyUrGa..♥