Monday, 2 April 2012

Nukilan Buat Ibu





Ibu,
Terima kasih kerana telah menjagaku dari kecil hingga aku dewasa,
Dari tidak pandai berjalan hingga aku pandai berjalan,
Dari tidak pandai berbicara hingga aku pandai berbicara,
Dari tidak pandai membeza api itu panas dan air itu sejuk..

Ibu,

Terima kasih kerana menyayangi aku sepenuh hatimu,
Aku bangga ada ibu yang kuat dan tabah,
Aku bangga ada ibu yang tidak pernah kenal erti jemu menjagaku,
Aku bangga ada ibu yang penyayang mentatangku bagai minyak yang penuh..

Ibu,

Terima kasih kerana memberi yang terbaik buatku,
Akanku jadi anak yang terbaik untukmu,
Akanku jadi anak yang sentiasa patuh pada orang tuanya,
Akanku jadi anak yang solehah insyaAllah,
Moga allah memberkati kehidupanmu Ibu..


♥..KaSiH iBu HiNgGa Ke SyUrGa..♥

2 comments:

Cik Purple Pinkypuff said...

salam, em background yg macam mana awak maksudkan ye? :)

Nur Tiara azira said...

wsalm..xpe awk..dah bleh dah pon.. :)